Aku tidak pernah mampu nak menceritakn tentang diri ni ,secara total kerana setiap manusia itu punya ego sendiri ,yang menolak atau menerima . Secara common nya , aku juga ingin difahami dan dikasihi seperti mana yang aku cuba berikan kepada orang lain. Namun aku ini ,pada masa sekarang ,yang aku rasakan sampah tak layak untuk difahami juga. Mungkin ini kini karma ,setelah manusia yang ingin ku tawan , dan kasihi telah aku sakitkan . Mungkin tak punya daya yang mampu tahan dengan perangai seorang aku ,serupa duri dalam daging. Tapi kadang aku juga sedar ,aku tak punya kuasa untuk mengawal ,apatah lagi manusia . Namun hati meleis aku ni, wajiblah timbul rasa yang seperti itu . Tak hebat ,tapi ingin kan perhatian dan didengar.
Aku tahu erti pengorbanan itu tak mungkin disukat dengan kata-kata semata ,malahan juga dikira . Semua ini ,dilandaskan emosi ,antara dua pihak atau lebih di mana satu state yang hadir untuk memahami ,berbeza setiap individu. Untuk ku katakan ,sayang juga adalah satu pengorbanan ,pengorbanan perasaan yang melibatkan kekuatan luaran dan dalaman untuk diberikan dan dikongsi. Kesan atau hasil daripadanya , hanya yang terlibat mampu menilai. Dan tidaklah seorang aku, mengerti cara ini berfungsi dengan baik jika dikaitkan dengan pasangan. Secara total, hati ni telah aku serahkan sepenuhnya kepada ungu. Suatu warna yang tak pernah berhenti mewarnai hati kehidupan aku . Siang dan malam ,dalam diam wajib aku recap dan kenangi buat memori. Namun kalau aku dibenarkan, dan ingin didengar , cinta ini takkan pernah mati ,kerana hati aku ni juga sama material nya dengan kamu, merah dan berdarah.
Jika ingin dinilai kan phase yang aku dan ungu tempuh sekarang ,dimata aku mutual trust itu wujud . Dimana dua hati bertindak sendirian dan bersosial, tetapi setianya ada. Di pihak aku ,sebolehnya aku menepis punca yang mendatangkan fitnah atah pencetus onar dalam perjalanan kita. Mungkin aku sengaja belajar semua ini ,semata memenangi ungu sehalal mungkin ,tanpa cara kotor. Namun kotornya perbuatan seseorang itu ,kita tidak akan sedar sebelum datangnya emosi. Di pihak ungu, aku juga mengerti apa yang dia ceritakan ,sebolehnya aku menjawab secara orang ketiga ,bagi memberikan jawapan yang bernas,ya aku beriya cuba memahami juga. Tidak mungkin sepenuhnya, seorang aku mampu mengerti seorang lain tetapi cuba aku fahami dan memberi kan isi intipati yang boleh membantu menaikkan emosi. Tidak juga aku halang , wujudnya persahabatan antara kita dan pihak lain, malahan juga meminati. Dalam diam ,hati aku ni kaget, risau akan hati ungu dicuri. Boleh dikatakan sebarang kata minat oleh pihak lain ke atas ungu, koyak dan luka hati ini yang memerlukan pujuk. Aku mengerti ,seorang lelaki itu takkan perlu nampak lemah ,apatah lagi dipujuk sedangkan yang penuh emosi itu wanita. Amarah ku , berjaya ku tawan sekelian kalinya untuk menjaga hubungan ,namun kadang terlepas . Sepertinya setiap hati yang cuba ku lindungi, ada bocornya yang mampu meracuni dan menimbulkan persepsi. Ya ,pandangan mata dan hati itu berbeda ,jauh dari fahaman kasar. Namun untuk melafaskan kata sesal atau ingin ke pihak lain jika sesuatu terjadi, tidak pernah wujud dalam kamus hati ini yang diikat rapi bersamamu. Ya, aku adalah orang kebanyakan yang average dan tidak punya masa untuk meninggalkan permata yang bernilai sepenuhnya seperti kamu.
Aku tidak pernah marah akan perbuatan yang kita lakukan ketika keduanya beremosi. Sebolehnya aku rendahkan ego seorang bernama lelaki itu , ke bawah paras normal untuk ku menangi hatinya. Tidak semudah itu ,bisik alter ego ku kerana emosi itu tidak mudah diperhatikan dan dimanipulasi. Maafkan aku , tidak mampu memberikan jawapan sebaiknya ,ketika aku beremosi dimana keluarnya kata kata itu dikawal nafsu ,bukan minda seorang kekasih. Aku maafkan segala perbuatan mu ke atas aku ,kerna aku ingin merasakan semua yang bahagia dari mu ke atas ku .aku ego, aku lah punca kita terjadi dan pergi sejauh ini. Mungkin aku punya emosi dan pdan pendirian yang lebih kompleks dari seorang wanita ,mungkin juga seorang yang dipandang normal. Hati aku ini pula lemah ,pedih sedangkan kebahagiaan ku hanya untuk memuaskan hati mu dan melihat senyum ungu. Ya ,aku cinta mati dan perasaan ni jika tidak dapat ku ikatkan dengan betul, sebolehnya aku berharap biar aku bawa diriku sejauh minda terbayang, kerana aku dan ungu itu eksklusif ,hanya satu entiti yang ku gambarkan syurga .salam kemaafan dari aku yang prejudis ,sampah yang menjudi segala agar melihat matahari bersinar.